Monday, 9 October 2017

Tips Quackastic Tuesday Sunway Lagoon

Assalamualaikum.. Hari ini miss nak kongsi tips untuk korang yang dah beli tiket Sunway Lagoon untuk Quacktastic Tuesday! Mula-mula miss ingat miss beli pada hari selasa takkan ramai orang. Sangkaan miss meleset bila dah sampai pintu masuk Sunway Lagoon, ramainya orang dah macam Public holiday tau! Bila dah ramai orang, faham-faham jela.. Tak semua akiviti kita boleh main. Okay, tak nak buang masa. Jom miss kongsi tips sebelum korang semua main air....


1) Beli di Website Awal-awal
Miss nak pesan, Double Tube (pelampung), minuman (mineral dan lemonade), locker, dan Waterproof Pouch (kegunaan untuk gantung handphone & duit di leher) lebih baik korang beli di website Sunway Lagoon awal-awal. Harga lebih murah berbanding korang beli direct kat kaunter ye. Harga Lemonade di website RM3. Tapi di kaunter sunway lagoon RM6. Air lemonade memang sedap. Beli lebih pun takpe. Harga Waterproof Pouch di website RM20. Tapi di kaunter RM49. So, miss cadangkan.. Korang beli la siap-siap di website Sunway Lagoon ye.. Jimat pun jimat..

2) Telekung
Bagi kaum wanita yang beragama islam, di sarankan untuk membawa telekung sendiri. Tahukah anda, telekung yang disediakan oleh pihak sunway lagoon basah lencun hokeyhh :( Ni sungguh miss tak faham.. Macam mana manusia yang basahkan telekung boleh solat basah-basah? Adakah dia yakin air kolam sunway lagoon tu suci? Pendapat miss, korang main la waterpark dulu, Lepas tu korang bersihkan diri dan solat. Lepas tu baru la korang main amusement park dengan gembiranya..

3) Locker
Dah masuk je sunway lagoon tu, terus cari locker. Locker bukan ada pada satu lokasi sahaja. Ada banyak. Kalau rasa tempat locker tu penuh dengan manusia, jangan buang masa kat situ untuk simpan barang korang. Sila ringankan mulut korang tanya kat staff situ lokasi locker lain. Dah tahu lokasi locker lain, jangan korang lenggang kangkung pulak ye. Jarak locker antara satu sama lain jauh juga ye. Korang harus pantas berjalan sebab korang kene cepat untuk beratur main waterpark dan lain-lain. Dugaan beratur bukan hanya pada locker sahaja. Maka,bertabah la ye..

4) Vuvuzela
Haa... Orang kata Vuvuzela ni signature Sunway Lagoon. So, ramai la manusia yang beratur di Vuvuzela ni. Miss cadangkan korang yang dah simpan barang-barang dalam locker, teruslah menuju ke Vuvuzela. Ada orang terpaksa beratur selama hampir 2 jam tau untuk main Vuvuzela ni sahaja. Miss and the gang terus cancel untuk main Vuvuzela ni bila dengar mereka kata dah tunggu hampir 2 jam. Silap miss juga sebab miss and the gang beratur di bahagian Surf Beach dulu. Beratur di bahagian Surf Beach pun dah makan hampir sejam. So sad.. :(

5) Quack Express
Kalau korang rasa korang tak nak beratur, korang boleh beli ticket Quack Express. Add on RM70 per person. Tapi ada T&C tau. Korang baca kat website Sunway Lagoon ye.. Selalunya yang beli Quack Express ni pak-pak arab. Kita orang Malaysia ni gigih beratur. Hahaha.. Maklum la.. Ekonomi negara kita tak macam ekonomi negara mereka.. Maka, marilah kita bersatu beratur beramai-ramai.


Miss rasa ini je la yang miss nak kongsikan. Tak banyak, tapi harap membantu sesetengah pihak yang excited sangat nak pergi Sunway Lagoon pada Quacktastic Tuesday. Miss share sebab banyak benda yang miss tak dapat main sebab sibuk beratur. Korang ada pendapat juga? Meh share di komen miss ye.. Love uolsss....x

Friday, 8 January 2016

CARA-CARA MEMBERSIHKAN KERETA

Assalamualaikum pembaca semua.. Kali ini Alyaa nak 'share' macam mana cara nak membersihkan kereta dengan bahan-bahan terpakai. Tidak perlu la pembaca semua susah-susah beli bahan untuk cuci kereta di kedai 'accessories' kereta. Okay, tanpa buang masa. Jom kita cuba cara-cara yang Alyaa dapat daripada rancangan 'STAR KING'.

Kain Lap 'Special - Masukkan kain lap kereta ke dalam sehelai stokin wanita. Ikat dalam bentuk bulat dan boleh digunakan untuk mengelap stereng kereta ataupun bahagian dalam kereta. Keistimewaannya, kalau kita pakai kain lap biasa, habuk masih lagi kelihatan bukan? Tapi kalau kita gunakan kain lap 'special' ini, habuk-habuk akan melekat pada kain stokin wanita.

Bahagian Chrome - Setiap kereta mesti ada sedikit bahagian chrome bukan? Untuk mengilatkan bahagian chrome kereta anda, senang sahaja. Ambil kain lap kereta, letakkan sedikit ubat gigi (apa-apa jenama pun boleh). Gosokkan sehingga nampak berkilat. Siap! Mudahkan?

Lampu Kereta - Ini pun mudah sahaja. Ambil kain lap kereta. Letakkan sedikit ubat gigi pada lampu kereta, kemudian gosok sampai berkilat okay! Rasa-rasa dah nampak 'shining', boleh lah berhenti menggosok. Huhu.

Cermin Depan & Belakang/Tingkap Kereta - Bahagian ini, lain sikit. Mula-mula basahkan cermin/tingkap kereta menggunakan kain lap kereta. Kemudian ambil ubi kentang yang dibelah dua. Gosokkan bahagian dalam ubi kentang tersebut pada cermin/tingkap kereta. Setelah semua bahagian cermin/tingkap habis digosok, lapkan cermin/tingkap kereta tersebut menggunakan kain lap kereta yang kering. Ingat ye, buat satu persatu. Contoh, jika anda sedang membersihkan cermin depan kereta, habiskan membasuh sampai langkah mengelap menggunakan kain lap kering kerana air kentang pada cermin kereta akan mudah kering dan menyukarkan anda untuk mengelap cermin kereta tersebut menggunakan kain lap kering.

Kesan Cat - Bagi kereta yang ada kesan-kesan cat sedikit, boleh hilangkannya dengan menggunakan ubat gigi ataupun yoko-yoko. Caranya mudah, sapukan ubat gigi/yoko-yoko pada bahagian cat. Kemudian gosok menggunakan kain lap kereta sehingga hilang.

Kesan Karat - Sekiranya kereta anda kereta lama, pasti ada sedikit kesan karat pada kereta. Bagi menghilangkan kesan karat tersebut, gunakan air minuman berkarbonat 'Coca Cola'. Caranya, letakkan sedikit air tersebut pada bahagian kesan karat. Kemudian, gosokkan menggunakan kain lap kereta sehingga hilang kesan karat tersebut. Bagi penggemar minuman 'Coca Cola', nasihat Alyaa supaya berhenti minum air 'Coca Cola'. Bayangkan jika karat pun 'Coca Cola' mampu hakis. Bagaimana pula dengan usus perut manusia? Fikir-fikirkan la ye.. Hihohiho..

Okay. Buat masa ini, hanya ini sahaja yang dapat Alyaa kongsikan.. Harap serba sedikit dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan pembaca semua..


Monday, 31 August 2015

Bisness Oh Bisness!!!

Assalamulaikum.. First of all, blog ni dah macam rumah peninggalan... Bila raya je ada.. Hahaha!! Macam tu la blog saya ni.. Sorry ye.. Saya bukan blogger macam Mr. Ben Ashaari (Sorry if salah eja nama).. Respect betul dekat dia.. Ok, focus on topic!

Ok, ni saya nak cerita pasal bisnes. Saya memulakan bisnes saya (Coolblog) masa umur saya & husband dalam 23tahun. Banyak cabarannya even kami amik franchise.. Kenapa kami pilih franchise? Well, you know the answer. Risiko kurang berbanding berniaga atas nama sendiri. Risiko kurang, maka keuntungan pun kurang dan tak banyak macam berniaga atas nama sendiri.

Almost 3tahun dah buka perniagaan Coolblog ni.. Siapa yang tak nak besarkan perniagaan sendiri kan? Ok, sekarang saya buntu. Buntu sebab sekarang saya nak buka perniagaan saya sendiri. Sama ada butik baju ataupun butik pengantin.. Sungguh saya teramat bingung. 

Apa benda yang saya tengah benci & marah sekarang? Saya benci kat diri saya sendiri yang hilang keyakinan. Come on la... Nak bisness tak boleh hilang keyakinan! Take a risk! Tapi tu la... Banyak sangat tapi nya!!!!

Arghhh!!! Confius sangat-sangat... Dulu masa nak buka Coolblog, saya tak selemah ni. Saya yakin! Saya tak takut... Entah kenapa saya takut sangat.. Kawan-kawan.. saya nak bagi tahu.. Sebenarnya kejayaan tu datang daripada Allah, ibu bapa & diri kita sendiri.. 3 benda tu memang penting.. Entah kenapa saya rasa lost sangat-sangat time ni even suami dah ready nak support saya untuk bisnes saya..

Akhir kata, Semoga segalanya segala urusan saya & pembaca dipermudahkan dan maju kehadapan.. 

Saturday, 15 March 2014

GANGGUAN

Assalamualaikum W.B.T...

Ok, sy xnk berceloteh panjang untuk opening... 1st of all... Sy nk cter zaman kanak2 dlu... Drpd kecik sy tdo dgn akak sy... Sampai la kawen.. Baru tido dgn my husband.. Hik Hik Hik... Masa tu kt blkg umh hutan... bese la... zaman 90an.. pembangunan pn xbyk lg.. Ttbe terjaga drpd tdo.. sbb ape? sbb terdengar suara bdk gelak smbil tgh mengira no 1-10... Kuat yg amat sgt... Akak sy pn dgr... Peliknya ktorg dgn braninya lari kluar blik... Trus ketuk bilik mama abah... Malangnya... mama abah xbuka pintu.. Last2... sbb terlalu takut.. ktorg t'tdo kt ruang tv... pg nya mama abah pelik ktorg tdo kt ruang tv... lps kami bangun drpd tdo.. kami ceritakan sumenya kat abah mama... tp mama abh xcaye... sedih tol... dorg kata tu suara nadia (jiran sblh umh).. xmungkin nadia nk gelak sorang2.. tgh2 pg... pastu dok kira no 1 smpai 10.. sbb ktorg faham sgt dgn prangai pakcik halim (ayah nadia).. mst dia mrh kalo nadia xtido lg time tu.. & time tu nadia anak tunggal.. xde adk lg time tu... ok, smpai skrg tu jd misteri bg sy & akak sy... biarkan jela...

2nd kene gangguan kat asrama... ok, nak caye atau tdk.. terpulang.. tp watpe nk tipu kan... ni mmg pengalaman... jujur sy ckp... xseram pn.. cuma jd tnda tnye je kt dri ni... masa tu blaja kt sek teknik.. teknik mn? biarlah rahsia... tp dlm negeri selangor la... dlm dorm sy.. ktorg xpkai pn katil double dacker.. ktorg pkai katil single.. sbb xramai pn plajar prmpn... 1 ari... ntah spe ntah.. pegi cdgkn utk tdo kt bwah.. kt lntai... tp ktorg agkat la tilam turun bwah.. xkn nk lapik pakai slimut je kn... skt bdn wooo.... juz tilam sy je yg x di alihkn... tilam len.. sume ada kt lntai... so.. tdo la ktorg kt lantai yg beralaskn tilam... Elok je sy tdo dgn nyenyak.. ttbe ada suara yg sound sy.. 'ABIS TU KTORG NAK TIDO KAT MN??' sy bkak mata skit... nmpk 3org kwn sy.. dok atas katil kwn sy.. smbil ngadap sy yg tgh syok tdo atas katil.. dan yg pasti yg sound sy tu shira (kwn sblh katil merangkap bezfriend sy).. 2 org tu xcam... mata dorg hitam.. xnmpak biji mata pn.. muka je seakan2 kwn2 dorm sy.. dlm hati apehal bdk2 ni.. xblh tgk org tdo ptg lgsg.. ada je yg nk ngacau... trus sy tdo bpaling drpd dorg... tp.... lps je b'paling drpd dorg.. sy tersentak!!! bkn ke sy tdo kt bwah dgn kwn2 lain? skrg ni bkn tdo ptg!!! tp tdo wkt mlm... time tu sy gagahkn dri buka mata perlahan2 dan lari ke tempat tido yg asl.. u know what? sy trus tdo... pg esknya.. hari cuti... sy wat bodo je dgn hal yg jd mlm tu.. ttbe kwn sy tegur sy.. dia ckp... 'npe mlm td ko tdo ats sorg2 alyaa? siap selubung 1 bdn lg.. xpns ke?' sy diam smbil sengih2.. sy juz jwb... 'ko rasa ak pnh x selubung bdn ak dgn selimut slama ni?' kwn sy trus sound sy 'bodoh la ko..' sbb ape? sbb die tau... tu bkn perangai sy.. sy ni bkn jenis pakai selimut ok... dan mlm kjadian tu.. wkt sy sedar sbb kene sound... xde pn selimut kt bdn sy... huhu.. mybe bnda tu sound sy sbb sume tilam dah kene angkut.. so, bnda yg biasa tdo kt katil yg kosg.. ttbe kne amik tilamnya... tu yg wt dorg mrh kowt.. kowt la... biarlah bnda ni jd tnda tnye... mls nk fikir sgt....

3rd kene gangguan... masa stdy kt poli... sy bkn lah org yg pk sgt psl mimpi... tp 1st mimpi pelik masa blaja kt poli.. mula2 pk.. bese la... mimpi.. kdg2 tu kn mainan syaitan... sy dpt mimpi kt kampung... kampung belah abah sy... umh kt kg abah ada 2bhgn.. bese la.. kg kn.. ada bhgn atas.. ada bhgn bwah.. umh kayu.. smnjak arwah atuk meninggal... umh bhgian atas x digunakan lg... kalo blek kg pn.. sume dok bwah... yg atas ditutup... katanya nk renovate... tp smpai skrg xsiap2.. smbg blek cter.. sy kerap mimpi sy naik bhgn atas umh tu... dan sy nmpk arwah nenek... dekat celah2 kayu sy nmpk mcm2 bnda... byk... sy kerap mimpi bnda yg sama... sy xksh sgt kalo skali dua.. kalo dah kerap sgt.... nk tdo pn kdg2 tganggu... cuma sy nmpk arwah nenek skali je dlm mimpi tu... arwah nenek terbaring lemah... kt bhgian bawah umah... sy pulak tgk drpd bhgian atas umah... sy diamkan je bnda ni smpai abis blaja kt poli.. nk cter kt kwn.. mst dorg xcye... nk cter dgn abh mama? nnt dlu la... tgk mcm mn.. ttbe sy dpt tau.. ada org sewa umh kt kg sy tu.. sy diam la... sy nk tgk slama mn org tu tahan dok umah kg sy tu... tup2 die pindah.. mama kata mcm ada gangguan kt umh tu... sy dgr.. trus sy cter psl mimpi sy... mama diam... dan mama nmpk risau... trus sy tnye.. 'kita ada saka ke ma?' mama jwb.. 'entah la.. nnt mama tnye abah'... sy tnye lg... 'abis, masa abah kecik, abah cter abah dan arwah nenek penah kene sorok dgn jin.. mn tau sbb bnda tu' mama trus ckp.. 'abis, ko pn nk kene sorok jgak ke..?' trus sy gelak... hahaha.. cter tu abis kt situ je..

Xlama lps tu... sy kwen... sy pindah rumah kt kota kemuning... rumah tu milik mak mertua sy... smntara tu dok umh sna... Alhamdulillah.. rumah tu slesa... cuma.. sy xsdp hati dgn umh tu.. xtau npe.. dok bdua kt banglo 2tingkat... sy kerap sakit... dan sy smakin kerap mimpi kat kg... sy mengadu kt abah mama.... abah dtg dan mengajikan rumah tu... tp sy masih mimpikn bnda2 tu jgak... slama dok kota kemuning... sy mcm lost cntct jgak dgn kwn2.. xtau knp... kpala sy mcm serabut... penah 1 hari.. abah nk doakan dan mengajikan untuk sy drpd umh kt subang... bila abah nk start mengaji.. ttbe je letrik kt umh subang putus! abah mcm xsdp hati.. tp abah teruskan jgak mengaji.. adk brdk sy dah risau.. dan 1 malam... sy mimpi... sy masuk umah kt kg lg skali... tp kali ni.. sy dgn seseorg.. yg sy pcaya... tp dlm realiti.. sy xknl pn dia sape.. ntah knp... sy pcayakn die dlm mimpi... sy ikut je dia masuk umh tu.. tp... bkn masuk bhgn atas.. sy msuk umh tu ikut bhgn bawah.. sy masuk umh tu... dan die pndg sy... sy msih igt apa yg dia kata.. maafkan sy.. sy kene lakukan jgak.. abis je die ckp... kluar sume bnda2 yg menyorok kt celah2 kayu... Ya Allah.. byknya Tuhan je tau... sy seolah2 d kelilingi dgn syaitan... sume bnda2 tu dah ready nk msuk bdn sy.. dan org yg sy pcaya tu... dia sedih tgk sy dan dia minta sy pcayakan dia... perghhh... wkt tu sy xtau kt mn sy dpt kekuatan.. hati sy xabis2 sebut 'Allahuakbar!'.. cpt2 sy lari dan kluar drpd kwsan umah tu... Alhamdulillah... sy tjaga drpd tdo... lps je mimpi seram tu... sy mimpi lg kat kg tu.. tp kali ni lain.. umh tu mcm dah nyaman.... dah xde ape yg sy takutkn lg... dan smpai skrg.. sy dah xmimpikan lg umh kt kg tu.. smnjak sy pndah umah kt sabak bernam.... tiada lg gangguan mimpi tu lg.. Alhamdulillah.. bg sy.. biarlah jd pengajaran untuk diri sy.. ape pn yg jd dlm keluarga sy... sbnrnye kte kene kuat lawan.. 

Huhu... ini je la yg sy nk cter... xmau cter dah... kalo kene gangguan.. actually jgn d layan atau d fikir sgt.. sbb dorg suka kalo kte layan ni.... ok? Assalamualaikum...

Friday, 27 December 2013

CONGO BAR

Ni pasal Congo Bar yg org craving sgt2 terutama ble tgk kt Instagram (ig) ... 1st congo bar sy tgk kt ig @atitaharis..... perghhhh.... mengancam sy tgk.. kecur air liur ni... dok asyk tatap je gambar tu... mcm tgk gambar suami pun ada...

Oleh kerana ngidam sgt mengalahkan prmpn ngndung... sy pn dok whatsapp pnjual tu... sekali dorang xbuat delivery la plak... pickup kt bangi sek3.. adoyai..... mcm mn ni... ah, xkira.. nk jgak! nk jgak! org kata.. nk seribu daya.. xnk seribu dalih kn... (time mkn je seribu daya.. hahaha).. sy trus contact org yg bjalan xcukup tanah.. (kuat merayau)... sape lg kalo bkn my sis ernnn... 

Atas keprihatinan seorg kakak... die pn tolong la amikkn.. alih2 bkn die yg amik.. die pergi suruh pakwe die amikkn kt bangi sek3 tu.. adehhhhhh.. payah tol akak ak yg sorg ni... serba slh sy di buatnya.... okay, xkisah la ern.. aslkn dpt merasa congo bar ni...

Oleh krn sy skrg tggl kt sabak bernam, selangor... congo bar tu plak konpem akan smpai kt tmpt asl usul sy.. subang, shah alam..... pujuk husband blek kg.. semata2 congo bar tu.. can u see that??? makanan punya pasal kn? Anything 4 u my food...

Smpai je kampung halaman.. lepas je salam mama abah... mn mknan aku????? hahaha.. truknye la sy ni... gila mknan la katakn.... so, suami.. adk brdk.. mama abah... ok, sume org ada kt sini... mkn la congo bar ni ramai2....

Erggghhhh!!!! xsdp!!!!! apa yg org gila sgt kt mknan ni?? dalam hati... membazir je duit ak... mhl plak tu... Xpela.. mkn je la... rezeki tu.. xelok mbazir... smpai la esk.. kene blek sabak bernam blek.. congo bar tu ada lg kt bawah tudung saji.. xde spe nk mkn congo bar tu... cbe kalo sedap.. tau2 je dah abis ern... suami pn suruh potong separuh.. separuh bwak blek.. spruh lg biar je kt subang...

Lps blek tu... mkn lg congo bar tu... eyh... sdp la plak... mkn dan mkn dan mkn... mak oiii... knp mkin sdp ni smpai syg plak nk abiskn... aiissshh.. ni kalo kg dekat ni.. konpem ak amik blek separuh lg tu.. hahaha.. (jht ak ni..)..

After 1 month... good news.. org yg jual ni ada wat delivery congo bar... huhuhu.. dgn pantas sy order congo bar... harga dlm rm50 inc postage (wkt ni harga blom naik lg...).. lps dah order tu... tgk blek tarikh yg congo bar tu akan smpai kt tgn.... eyhhhh..... time ni bkn ke ak blek subang???? argghhhh!!!! tidakkk!!!!! no choice.. so, tukar la alamat rumah sabak bernam ke alamat subang... dan sungguh sy xfhm... kali ni masing2 berebut plak nk mkn congo bar ni.... sob.. sob.. sob... tp xpe... bg ak... ak hepy ble bg org mkn.. sbb dgn bg org mkn.. kte blh wat seseorg tu hepy.. kira pahala la jgak ern...

So, mcm nk bli lg.. tp nnt la.. byk dah sy ni shopping on9... rambang je mata ble tgk instashop2 ni.. nek meroyan sy d buatnya.. hahaha.. pape pn.. spe2 yg nak mkn congo bar yg sedap lg mengiurkn... pegi kt ig @madebyuyun.. ok? Adios...


Yg kecik tu choclate krispies bar.. yg besar tu congo bar... nmpk sdp ernn?? dah msuk mulut lg sedap....

Wednesday, 21 November 2012

CHICKEN CHOP GRILL WITH BLACK PEPPER SAUCE

Assalamualaikum pembaca blogger... ari nie sy nk kongsi resepi yg sy cipta sendiri... simple je sbb sy amik brg2 yg d perlukn d dlm peti ais.. mn yg ada.. itu la yg sy capai... ok, mls nk bebel pnjg2... meh tgk resepi ni..

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM
-2 ketul peha ayam yg dibuang tulangnyer
-5 biji bawang putih
-2 batang serai
-1 inci halia
-4 sudu besar sos lada hitam
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar gula pasir
-2 sudu besar madu (takde pn xpe..)
-1 sudu besar marjerin
-garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
-potong bawang putih, serai, dan halia kepada bentuk yg kecil agar mudah untuk dikisar
-kemudian masukkan bawang putih, serai dan halia yg telah di potong kecil ke dalam mesin pengisar, diikuti pula bahan-bahan yang lain seperti sos lada hitam, sos tiram, gula pasir, madu, dan garam.
-kisar kesemua bahan sehingga lumat.
-gaulkan bahan-bahan yg telah dikisar pada 2 ketul peha ayam yang dibuang tulangnya
-biarkan semalaman. minimum perapan ayam 2jam ok...
-bila dah selesai perap, grill ayam anda di atas kuali grill menggunakan marjerin ataupun minyak zaitun sehingga masak. guna kuali leper pn blh..
BAHAN- BAHAN SOS LADA HITAM
-8 sudu sos lada hitam
-2 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar serbuk lada hitam
-1 sudu kecil tepung jagung
-1 biji bawang besar (potong dadu)
-1 sudu kecil serbuk pati ayam
-1 cawan air
-garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
-tumis bawang besar sehingga naik baunya.
-kemudian, masukkan sos lada hitam dan sos tiram. tumis sebentar selama 2 minit.
-masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
-apabila sudah mendidih, masukkan serbuk pati ayam, serbuk lada hitam, dan garam. kacau sehingga rata.
-kemudian, masukkan pula tepung jagung. kacau sehingga kuah menjadi pekat. siap.

BAHAN-BAHAN KENTANG MAYONIS KETUMBAR
-3 biji kentang yg dikupas kulitnya dan dipotong dadu
-2 sudu besar mayonis
-sedikit daun ketumbar yg dicincang halus
-garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
-kentang direbus bersama sedikit garam sehingga masak.
-tuskan sehingga kering dan sejuk.
-gaulkan kentang, mayonis dan daun ketumbar.
-biarkan semalaman

BAHAN-BAHAN COLESLOW
-1 biji salad/kobis
-1 biji lobak merah
-1 sudu kecil perahan lemon

CARA MEMBUATNYA
-tumis kobis (kalo guna salad, xpyah tumis) dan lobak merah sehingga layu (tumis tanpa minyak)
-sejukkan dahulu dan kemudian gaulkan sayuran tadi bersama mayonis dan perahan lemon.
-biar semalaman

Siap! all done!! korg boleh la hidangkan ikut kreativiti masing2 kat parent korg ke... husband korang ke.. isteri korang ke... Hasilnya, korg blh la tgk gambar yg sy amik sblm sy mkn.. kesimpulan yg sy boleh wat kt sini, kalo nk wat chicken chop, kene ready sehari sblmnya... sbb bnyak benda yg kita kene biarkan semalaman.. Untuk wt coleslow, sy tumis sayuran tue sbb sy xsuka rasa sayuran tue.. bg sape2 yg minat rasa sayuran.. atau org kata fresh vege, blh la abaikan je tumis tue.. ok sume.. selamat mencuba!





Friday, 13 January 2012

KENTUCKY FRIED CHICKEN

Assalamualaikum wahai diariku... kt cni ak nk kongsi skit pengalaman bekerja d kfc.. b4 dis, ak mmg nk sgt keje kt mn2 restaurant  fast food... sbbnye.. ak minat sgt2 dgn mknan!!! then, 10 january 2012.. ak dpt la jd staff kt salah sebuah kfc area shah alam..  e2 pn atas bantuan tunangku.. ramai pihak xstuju ak keje as staff kfc sbb ak dah ada dip kej elektronik.. tp ak tolak tepi sume 2... then, dah 4 hari ak bekerja kt kfc... ape yg ak tgk... ksbran bekerja d kfc amat2 lah d perlukan... sbb ape? bkn sbb kerenah customer... tp kerenah staff kfc yg suka2 buat jadual kerja sendri... yg suka mencarut xtentu pasal.. & marah2 xtentu pasal.. ak bkn la perfect sgt... cuma pd pndpat ak la... drpd umo 30 lbh.. smpai la bdk lps spm.. sume perangai same je... yg ok 2, ok la... tp yg x ok 2... btol2 mcm org xde ilmu.. marah2 dpn customer... ckp kasar pd manager dpn customer... mencarut dpn customer... d mn attitude staff kfc?? b'gaduh pn dpn kfc? mmg xde rasa malu ke? dah hilang ke rasa malu pd diri? hurmm.. kdg2 nk marah pn ada.. tp tunang ku sndri pesan.. sabar je... jgn kite marah2 sbb takot t'golong dgn org yg suka marah2 tu pulak nnt... btol jugak.. hurmm.. pape pn. ak enjoy keje kt tmpt mkn... jnji ak wt keje ak....huhu... sekian~