Friday, 8 January 2016

CARA-CARA MEMBERSIHKAN KERETA

Assalamualaikum pembaca semua.. Kali ini Alyaa nak 'share' macam mana cara nak membersihkan kereta dengan bahan-bahan terpakai. Tidak perlu la pembaca semua susah-susah beli bahan untuk cuci kereta di kedai 'accessories' kereta. Okay, tanpa buang masa. Jom kita cuba cara-cara yang Alyaa dapat daripada rancangan 'STAR KING'.

Kain Lap 'Special - Masukkan kain lap kereta ke dalam sehelai stokin wanita. Ikat dalam bentuk bulat dan boleh digunakan untuk mengelap stereng kereta ataupun bahagian dalam kereta. Keistimewaannya, kalau kita pakai kain lap biasa, habuk masih lagi kelihatan bukan? Tapi kalau kita gunakan kain lap 'special' ini, habuk-habuk akan melekat pada kain stokin wanita.

Bahagian Chrome - Setiap kereta mesti ada sedikit bahagian chrome bukan? Untuk mengilatkan bahagian chrome kereta anda, senang sahaja. Ambil kain lap kereta, letakkan sedikit ubat gigi (apa-apa jenama pun boleh). Gosokkan sehingga nampak berkilat. Siap! Mudahkan?

Lampu Kereta - Ini pun mudah sahaja. Ambil kain lap kereta. Letakkan sedikit ubat gigi pada lampu kereta, kemudian gosok sampai berkilat okay! Rasa-rasa dah nampak 'shining', boleh lah berhenti menggosok. Huhu.

Cermin Depan & Belakang/Tingkap Kereta - Bahagian ini, lain sikit. Mula-mula basahkan cermin/tingkap kereta menggunakan kain lap kereta. Kemudian ambil ubi kentang yang dibelah dua. Gosokkan bahagian dalam ubi kentang tersebut pada cermin/tingkap kereta. Setelah semua bahagian cermin/tingkap habis digosok, lapkan cermin/tingkap kereta tersebut menggunakan kain lap kereta yang kering. Ingat ye, buat satu persatu. Contoh, jika anda sedang membersihkan cermin depan kereta, habiskan membasuh sampai langkah mengelap menggunakan kain lap kering kerana air kentang pada cermin kereta akan mudah kering dan menyukarkan anda untuk mengelap cermin kereta tersebut menggunakan kain lap kering.

Kesan Cat - Bagi kereta yang ada kesan-kesan cat sedikit, boleh hilangkannya dengan menggunakan ubat gigi ataupun yoko-yoko. Caranya mudah, sapukan ubat gigi/yoko-yoko pada bahagian cat. Kemudian gosok menggunakan kain lap kereta sehingga hilang.

Kesan Karat - Sekiranya kereta anda kereta lama, pasti ada sedikit kesan karat pada kereta. Bagi menghilangkan kesan karat tersebut, gunakan air minuman berkarbonat 'Coca Cola'. Caranya, letakkan sedikit air tersebut pada bahagian kesan karat. Kemudian, gosokkan menggunakan kain lap kereta sehingga hilang kesan karat tersebut. Bagi penggemar minuman 'Coca Cola', nasihat Alyaa supaya berhenti minum air 'Coca Cola'. Bayangkan jika karat pun 'Coca Cola' mampu hakis. Bagaimana pula dengan usus perut manusia? Fikir-fikirkan la ye.. Hihohiho..

Okay. Buat masa ini, hanya ini sahaja yang dapat Alyaa kongsikan.. Harap serba sedikit dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan pembaca semua..